Monday 10 November 2014

Seminar Keusahawanan Kereta Sewa

Alhamdulillah..
Program berjalan lancar..
walaupun sudah lama berlalu,tapi kesannya hingga ke hari ini.

Akibat terlalu sibuk, 'review' mengenai seminar dilewatkan sedikit..
Pihak Unggul Car Rental bersyukur kerana dapat menganjurkan seminar ini bersama Epanco Malaysia..
Pihak kami mengucapkan ribuan terim aksih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun yang terlibat secara tidak langsung..

Untuk 'short review' mengenai seminar tersebut, boleh lah sama2 menonton video di atas..

Friday 22 August 2014

Musim Khidmat "Transfer Service"

Assalamualaikum w.b.t,

Rupa2nya khidmat sewa kereta/van ni ada musim jugak ye..
Kalau sebelum ni "Arab Season",
Sekarang ni musim "Transfer Service"

Utk pengetahuan semua readers,
pihak Unggul Car Rental
banyak terima job transfer service..

Jadi, banyak la kereta dan van yang keluar bersama driver..
Ada yang mintak dihantar ke Melaka,
Ada juga yang mintak dihantar ke Negeri Sembilan..
sempena Hari Koperasi..

Tak kurang juga khidmat selain transfer service..
khidmat utama Unggul Car Rental..
apa lagi,khidmat sewa kereta la kan..
Alhamdulillah banyak permintaan sewa kereta..

Pada sesiapa yang perlukan khidmat sewa kereta @ trasnfer service,
boleh hubungi kami..
^_^

Tuesday 5 August 2014

:: Arab Season ::

Salam Aidilfitri,
 
Selepas seminggu bercuti Hari Raya,
Pejabat Unggul Car Rental
kembali beroperasi semula seperti biasa..

Syawal menjelang, customer datang...
apa yang menariknya, 
Kebanyakan customer yang datang,
adalah dari kalangan masyarakat Arab..

Penyewa Masyarakat Arab ini kebanyakannya
lebih memilih untuk menyewa MPV...

Jadi,
buat masa ini
Musim Arab di Unggul Car Rental
Arab Season @ Unggul Car Rental..

Selamat Hari Raya!!!

Salam Syawal
Salam Aidilfitri

Buat semua umat Islam
Seribu kemaafan dipohon
dari pihak Unggul Car Rental
--------------------------------------------------------------------------
Happy Hari Raya!!!

Warm greetings from us,
May all of you especially our customer
celebrating Aidilfitri with peaceful mind and heart. 

From us, Uggul Car Rental.

 

Saturday 19 July 2014

Update!!!

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan dari Unggul Car Rental & Travels Sdn Bhd...
Tempahan kereta sewa untuk Aidilfitri ini masih dibuka...
Masih ada lagi kereta yang belum di'booking'...
Cepat hubungi kami segera...


Sumbangan Bubur Lambuk

Alhamdulillah
Pada 18 Julai 2014, pihak Unggul Car Rental & Travels Sdn Bhd
telah memberi Sumbangan Bubur Lambuk sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini..
Antara gambar-gambar semasa Pengagihan Bubur Lambuk yang diadakan pada 18 Julai 2014
di Ruang Pintu Masuk Plaza Idaman, Gombak.. 













Bubur lambuk ini telah disumbangkan kepada orang ramai, rumah anak yatim dan masjid terdekat.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis sumbangan bubur lambuk ini.


Sunday 13 July 2014

Promosi Raya!!!

Alhamdulillah..
Sudah banyak kereta yang sudah di'booking'..
Tapi bagi yang masih mencari Kereta untuk disewa sempena Aidlfitri tahun ini
Jangan risau...
Masih ada lagi beberapa buah kereta yang masih tinggal...
Cepat2 sebelum kehabisan kereta...

Antara yang ada..
Perodua Myvi 1.3L..
Van Kia Pregio..
Van Jinbei..
Van Toyota Hiace..

Masih ada kesempatan lagi untuk booking kereta..
Cepat hubungi kami..

Unggul Car Rental & Travels Sdn Bhd..
Cawangan Ampang dan Gombak..
03-42953036 / 03-40233930




Saturday 12 July 2014

Majlis Berbuka Puasa @ Grand Pacific Hotel

Assalamualaikum w.b.t,,,


Alhamdulillah..
Tanggal 11 Julai 2014,
Unggul Car Rental & Travels Sdn Bhd telah mengadakan majlis berbuka puasa
di Grand Pacific Hotel, Kuala Lumpur

Antara menu yang dihidangkan..
kerabu mangga, kerabu taugeh, kerabu jantung pisang,
ulam ulaman, jeruk, keropok,
sup ayam rasam, mee / beehoon,
bubur jagung manis, ABC, rojak
nasi goreng kampung, ayam kerutub,
ikan tenggiri asam pedas, daging black pepper,
buah buahan, kuih muih, BBQ (ayam, kambing , daging stik, jagung)
fuhh..kalau sebut semua,,,penuh skrin...haha

senang kata...
menu banyak..pilihan banyak..makanan pon sedap...



sebelum tu,,
tempahan kereta sewa untuk Hari Raya Aidilfitri masih lagi dibuka..
cepat2 hubungi kami sekarang!!!


Wednesday 9 July 2014

Kereta Sewa @ Kuala Lumpur

Hai semua!!!

Perlukan kereta sewa?
Dengan pelbagai pilihan..

Perodua / Proton / Naza / Toyota...
Dengan tawaran harga menarik..

Hanya hubungi kami..

2-192, Plaza Idaman, Jalan 6/21D, Medan Idaman, 53100 Kuala Lumpur.
Tel : 03-40233930

No 23-2A, 2nd Floor, Medan Bukit Indah, Taman Bukit Indah, 68000 Ampang, Selangor.
Tel : 03-42953036

Atau, Cik Mai : 019-4180763
          Zack      : 016-6224550
          Azrzai   : 019-4568101

Monday 7 July 2014

PROMOSI RAYA 2014 !!!

Selamat Berpuasa Semua!!!

Jom usha2 facebook Unggul Car Rental..
apa latest story ye??

haaaa...

 

Tu diaaaaa..
dia mai dah...hahaha

Promosi Sempena Raya 2014!!!
Apa tunggu lagi!!!
Jom kita booking kereta...
Raya ni kalau takde kereta..tak berjalan raya la..
 Cepat2..
Call je nombor yg ada kat blog ni..

Salam Ramadhan
dari warga Unggul Car Rentall & Travels Sdn Bhd..








Friday 27 June 2014

Selamat Berpuasa!!!


Pihak Unggul Car Rental ingin mengucapkan
Selamat Berpuasa!!!
kepada semua muslimin & muslimat..
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..
semoga ibadah puasa kita pada tahun ini diterima olehNya..

dan pihak kami amat pasti..
ramai juga yang mula membuat persiapan untuk menyambut Syawal nanti..
Baju Raya..Kuih Raya..Kain Langsir..
haaa...tak lupa juga...
Kereta Raya!!!
Eh,,belum ada lagi ke?
jangan risau...

Pihak kami sedia membantu..
Pelbagai jenis kederaan disediakan untuk membantu anda menyambut Aidilfitri nanti..
Kereta?MPV?Van?

Hubungi kami segera..
Booking awal untuk memudahkan urusan anda!!!

0194180763 (Cik Mai)
0166224550 (Zack)
0194568101 (Azrai)
0342953036 (Pejabat Ampang)
0340233930 (Pejabat Gombak)

#Viva #Myvi #Alza #Saga FLX #Exora #Naza Citra #Vios #Alphard #Kia Pregio #Jinbei #Toyota Hiace

Selamat Menyambut Ramadhan!!!

Friday 6 June 2014

Van Charter with Driver :: Klang ke Johor ::








Ada apa dengan gambar-gambar di atas tu?
Itu antara gambar yang sempat di'snap' semasa perjalanan menghantar beberapa orang warga Nepal dari Klang ke Johor.
Ada satu company di Klang menggunakan khidmat Unggul Car Rental & Travels untuk menghantar beberapa orang pekerjanya ke Johor.
Dengan menggunakan khidmat van dan driver pihak Unggul car Rental & Travels, perjalanan mereka menjadi mudah dan pekerja warga Nepal tersebut tiba dengan selamat di Johor.

Jadi, kepada anda-anda yang ingin menggunakan khidmat Charter Unggul Car Rental & Travels Sdn Bhd, boleh hubungi pihak kami.
Atau, boleh juga 'booking' awal untuk melancarkan urusan penyewaan.

^_^

Friday 30 May 2014

Escort Sultan Brunei ke Kuala Kangsar

Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah telah mangkat pada 28 Mei 2014 bersamaan 28 Rejab 1435 Hijrah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas almarhum. Al-fatihah.

Pada hari yang sama, pihak Unggul Car Rental telah dihubungi oleh Kerajaan Negeri Perak untuk membawa 5 buah kereta Alphard untuk mengiringi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dari Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Jadi pada 29 Mei 2014, pihak Unggul Car Rental menyiapkan 5 buah Alphard beserta pemandu untuk mengiringi Sultan Brunei untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum.

Singgah di RnR Sungai Perak



Di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang untuk menjemput Sultan Brunei serta keluarga.





Di Istanan Iskandariah, Kuala Kangsar












Keberangakatan pulang Sultan Brunei - Di lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang






Thursday 29 May 2014

Toyota Hiace === Diesel

Seminggu yang lepas, ada customer yang menyewa van Toyota Hiace dari pihak Unggul Car Rental. Semasa van tersebut diserahkan kepada mereka, pihak kami telah mengingatkan mereka agar mengisi minyak Diesel. Tapi malangnya, beberapa jam selepas van itu diserahkan kepada mereka, van tersebut rosak di kawasan Ayer Hitam, Johor. Jadi, untuk mempercepatkan proses baikpulih, kami meminta jasa baik sahabat yang berada di Johor untuk melihat kerosakan van. Van ditukarkan kepada van yang lain kepada penyewa tersebut.
Pihak Unggul Car Rental pergi ke Johor untuk mengetahui kerosakan van tersebut secepat mungkin.

Van dibawa ke Pusat Servis Toyota.



Pihak Pusat Servis Toyota mendapati van tersebut telah diisi minyak Petrol.







Minyak petrol tersebut perlu dibuang dari tangki minyak dan ditapis.








Alhamdulillah setelah semuanya ditapis dan tangki sudah dicuci, van dapat berjalan lancar selepas diisi minyak Diesel.



Jadi kepada penyewa dan pengguna van Toyota Hiace, van ini perlu didisi minyak Diesel ye...




City Tour " Kuala Lumpur - i City, Shah Alam"

Seperti dijanjikan dalam entri "Chow Kit Road" sebelum ini, kita akan story pasal customer yang booking van + driver untuk ke Chow Kit Road.
Hari yang dijanjikan tiba, pihak Unggul Car Rental (UCR) menjemput customer di Taman Sri Rampai. Rupa-rupanya customer tersebut datang dari Sabah untuk bercuti di Kuala Lumpur. Selepas berjumpa mereka, mereka ingin menukar destinasi. Mereka ingin ke Mid Valley Megamall, Berjaya Times Square dan i-City, Shah Alam.
Antara gambar yang sempat di'snap'...



Diharap mereka berpuas hati dengan khidmat Unggul Car Rental.
Jadi, kepada anda semua yang ingin berhasrat untuk menggunakan khidmat kami untuk City Tour Service, boleh terus berhubung di talian yang tertera di sebelah kiri blog. ^_^