Friday 30 May 2014

Escort Sultan Brunei ke Kuala Kangsar

Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah telah mangkat pada 28 Mei 2014 bersamaan 28 Rejab 1435 Hijrah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas almarhum. Al-fatihah.

Pada hari yang sama, pihak Unggul Car Rental telah dihubungi oleh Kerajaan Negeri Perak untuk membawa 5 buah kereta Alphard untuk mengiringi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dari Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Jadi pada 29 Mei 2014, pihak Unggul Car Rental menyiapkan 5 buah Alphard beserta pemandu untuk mengiringi Sultan Brunei untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum.

Singgah di RnR Sungai Perak



Di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang untuk menjemput Sultan Brunei serta keluarga.





Di Istanan Iskandariah, Kuala Kangsar












Keberangakatan pulang Sultan Brunei - Di lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang






Thursday 29 May 2014

Toyota Hiace === Diesel

Seminggu yang lepas, ada customer yang menyewa van Toyota Hiace dari pihak Unggul Car Rental. Semasa van tersebut diserahkan kepada mereka, pihak kami telah mengingatkan mereka agar mengisi minyak Diesel. Tapi malangnya, beberapa jam selepas van itu diserahkan kepada mereka, van tersebut rosak di kawasan Ayer Hitam, Johor. Jadi, untuk mempercepatkan proses baikpulih, kami meminta jasa baik sahabat yang berada di Johor untuk melihat kerosakan van. Van ditukarkan kepada van yang lain kepada penyewa tersebut.
Pihak Unggul Car Rental pergi ke Johor untuk mengetahui kerosakan van tersebut secepat mungkin.

Van dibawa ke Pusat Servis Toyota.



Pihak Pusat Servis Toyota mendapati van tersebut telah diisi minyak Petrol.







Minyak petrol tersebut perlu dibuang dari tangki minyak dan ditapis.








Alhamdulillah setelah semuanya ditapis dan tangki sudah dicuci, van dapat berjalan lancar selepas diisi minyak Diesel.



Jadi kepada penyewa dan pengguna van Toyota Hiace, van ini perlu didisi minyak Diesel ye...




City Tour " Kuala Lumpur - i City, Shah Alam"

Seperti dijanjikan dalam entri "Chow Kit Road" sebelum ini, kita akan story pasal customer yang booking van + driver untuk ke Chow Kit Road.
Hari yang dijanjikan tiba, pihak Unggul Car Rental (UCR) menjemput customer di Taman Sri Rampai. Rupa-rupanya customer tersebut datang dari Sabah untuk bercuti di Kuala Lumpur. Selepas berjumpa mereka, mereka ingin menukar destinasi. Mereka ingin ke Mid Valley Megamall, Berjaya Times Square dan i-City, Shah Alam.
Antara gambar yang sempat di'snap'...



Diharap mereka berpuas hati dengan khidmat Unggul Car Rental.
Jadi, kepada anda semua yang ingin berhasrat untuk menggunakan khidmat kami untuk City Tour Service, boleh terus berhubung di talian yang tertera di sebelah kiri blog. ^_^

Saturday 17 May 2014

Happy Birthday Encik Azraai!!!

Selamat Hari Jadi En Azraai yang ke-?..hik hik
Semoga panjang umur
Semoga dimurahkan rezeki
Semoga terus sukses

Sambutan hari jadi diraikan dengan majlis makan2 di 
Seafood Terminal, Gombak

Credit gambar to blog Seafood Terminal ^_^
 Wah bukan main lagi semua makan..
ye la..boleh makan je apa yang ada kat situ kan..
apa lagi..
rembatttt!!!


Gambar kenang kenangan di Seafood Terminal...


Eh,,sebelum tu..kepada sesiapa nak sewa kereta/airport transfer..
boleh hubungi kami ye... :)

Monday 12 May 2014

Airport Transfer - KLIA 2

Post sebelum ni, ada mengatakan Unggul Car Rental telah pergi ke KLIA 2 untuk menghantar kereta Exora yang ditempah oleh salah seorang penyewa dari Sabah. Hari ini, sekali lagi Unggul Car Rental ke KLIA2, tetapi dengan alasan yang berbeza. Kali ini, pelanggan kami meminta pihak Unggul Car Rental untuk menghantar keluarga nya ke KLIA2, atau lebih senang dipanggil Airport Transfer. Dengan memandu Van Toyota Hiace, staf Unggul Car Rental telah menghantar mereka seawal jam 7 pagi. Disertakan beberapa gambar di KLIA2 semasa Airport Transfer.












Pihak kami sangat mengalu-alukan pelanggan yang memerlukan khidmat penghantaran ke Airport atau ke mana sahaja destinasi pilihan.

Saturday 10 May 2014

KLIA 2 ~ keUNGGULan Malaysia

"2 Mei 2014" ~ Tarikh keramat di mana salah satu keUNGGULan Malaysia dirasmikan dengan jayanya.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) beroperasi dengan rasminya pada tarikh tersebut dan dengan rasminya juga Terminal Syarikat Penerbangan Kos Rendah (LCCT) ditutup. KLIA2 yang disiapkan selepas peringkat ke-6 telah menggantikan LCCT dengan menelan belanja hampir RM 4 billion. LCCT ditutup secara rasminya selepas penerbangan terakhir oleh Airasia ke Kolkata pada jam 10.30 malam hari Khamis.
Antara kelebihan yang menarik perhatian pihak kami:-
  • Menara Kawalan Trafik Udara, Tower West diiktiraf sebagai yang tertinggi di dunia oleh Guinness World Records.
  • Kemudahan jambatan udara memudahkan penumpang tanpa perlu menaiki tangga seperti di LCCT. Jambatan udara ini juga membuatkan penumpang seperti berada di atas bumbung kapal terbang.
  • Terdapat 4 tingkat tempat meletak kenderaan berbumbung di mana ia boleh memuatkan 6000 kenderaan.
  • Terdapat juga 68 pintu pelepasan bercirikan mesra pengunjung termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas di mana terdapat kemudahan lif dan laluan gerak.
Antara gambar yang sempat diambil oleh Unggul Car Rental.















Ada di antara pelanggan kami yang meminta untuk menghantar kereta kepada mereka di KLIA2 dan kami amat berbesar hati atas permintaan tersebut. Pihak Unggul Car Rental bersedia menghantar kereta yang disewa oleh pelanggan ke destinasi pilihan. 
Seperti gambar di atas, ada pelanggan yang menyewa kereta Proton Exora dan meminta pihak kami untuk menghantar kereta tersebut ke KLIA2.
Jadi,kepada sesiapa yang ingin menyewa kereta, boleh hubungi pihak kami. :)