Saturday 10 May 2014

KLIA 2 ~ keUNGGULan Malaysia

"2 Mei 2014" ~ Tarikh keramat di mana salah satu keUNGGULan Malaysia dirasmikan dengan jayanya.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) beroperasi dengan rasminya pada tarikh tersebut dan dengan rasminya juga Terminal Syarikat Penerbangan Kos Rendah (LCCT) ditutup. KLIA2 yang disiapkan selepas peringkat ke-6 telah menggantikan LCCT dengan menelan belanja hampir RM 4 billion. LCCT ditutup secara rasminya selepas penerbangan terakhir oleh Airasia ke Kolkata pada jam 10.30 malam hari Khamis.
Antara kelebihan yang menarik perhatian pihak kami:-
  • Menara Kawalan Trafik Udara, Tower West diiktiraf sebagai yang tertinggi di dunia oleh Guinness World Records.
  • Kemudahan jambatan udara memudahkan penumpang tanpa perlu menaiki tangga seperti di LCCT. Jambatan udara ini juga membuatkan penumpang seperti berada di atas bumbung kapal terbang.
  • Terdapat 4 tingkat tempat meletak kenderaan berbumbung di mana ia boleh memuatkan 6000 kenderaan.
  • Terdapat juga 68 pintu pelepasan bercirikan mesra pengunjung termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas di mana terdapat kemudahan lif dan laluan gerak.
Antara gambar yang sempat diambil oleh Unggul Car Rental.















Ada di antara pelanggan kami yang meminta untuk menghantar kereta kepada mereka di KLIA2 dan kami amat berbesar hati atas permintaan tersebut. Pihak Unggul Car Rental bersedia menghantar kereta yang disewa oleh pelanggan ke destinasi pilihan. 
Seperti gambar di atas, ada pelanggan yang menyewa kereta Proton Exora dan meminta pihak kami untuk menghantar kereta tersebut ke KLIA2.
Jadi,kepada sesiapa yang ingin menyewa kereta, boleh hubungi pihak kami. :)

No comments:

Post a Comment